APA ITU PROGRAM LINUS?
LINUS: Literacy And Numeracy Screening
National Key Result Areas (NKRA’s)
KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah
pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas
tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula
dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan murid sekolah rendah.
Program LINUS
– Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani
masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asa mengira serta
memahami idea matimatik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta
kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Kandungan
program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang
cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan
dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik
dengan lebih bermakna dan berkesan.
Rasional Program LINUS:
Masalah
murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum
menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya
walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:
- Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
- Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
- Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2.
- PROTIM selepas UPSR.
KPM
berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya
masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal
Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang
tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko
keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan
pelajaran dan kerjaya.
Strategi Pelaksanaan LINUS di Sekolah:
Program
LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat
3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac),
Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September).
Semua murid Tahun 1 akan
menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan
kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini
dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina
dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan