PENGENALAN


NKRA PENDIDIKAN


NKRA
The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system
The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians
Our real work will begin as we make the transformation of government services happen
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.




1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi
3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin SekolahMeningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia.

LINUS

Definisi Numerasi  

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian mengikut bahasa pengantar di sekolah  

Definisi Literasi  

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian dalam Bahasa Malaysia Satu daripada National Key Result Area (NKRA) “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012”.

Program LINUS menyediakan instrumen saringan untuk menyaring, mengesan dan mengenalpasti penguasaan murid Tahun 1, 2 dan 3 . 

  REKABENTUK INSTRUMEN SARINGAN

Berdasarkan 12 konstruk (perkara) asas literasi dan numerasi yang merangkumi definisi literasi dan numerasi Kesemuanya tergolong dalam asas literasi dan numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Murid yang menguasai kesemua 12 konstruk itu dianggap telah menguasai asas literasi dan numerasi. Murid yang tidak menguasai kesemua 12 konstruk itu akan melalui kelas pemulihan program LINUS atau kelas khas murid bermasalah pembelajaran.


PENGENDALIAN INSTRUMEN SARINGAN 

Tiga saringan mulai tahun 2010 Saringan 1 Untuk semua murid Tahun 1 - bulan Mac 2010 Saringan 2 Untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1 - Jun 2010 Saringan 3 Untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 2 – September 2010 Keputusan Saringan 3 (Tahun 3) dalam bulan September 2012 akan dijadikan ukuran pencapaian MKPI.

JADUAL SARINGAN LINUS

TAHUN 2010 – 2012


LINUS KOHORT 1

SARINGAN 1 — MAC 2010
SARINGAN 2 — JUN   2010
SARINGAN 3 — SEPT 2010
SARINGAN 4 — MAC 2011
SARINGAN 5 — JUN   2011
SARINGAN 6 — SEPT 2011
SARINGAN 7 — MAC 2012
SARINGAN 8 — JUN  2012
SARINGAN 9 — SEPT 2012


LINUS KOHORT 2

SARINGAN 1 — MAC 2011
SARINGAN 2 — JUN   2011
SARINGAN 3 — SEPT 2011
SARINGAN 4 — MAC 2012
SARINGAN 5 — JUN  2012
SARINGAN 6 — SEPT 2012
SARINGAN 7 — MAC 2013
SARINGAN 8 — JUN  2013
SARINGAN 9 — SEPT 2013


LINUS KOHORT 3

SARINGAN 1 — MAC 2012
SARINGAN 2 — JUN  2012
SARINGAN 3 — SEPT 2012
SARINGAN 4 — MAC 2013
SARINGAN 5 — JUN  2013
SARINGAN 6 — SEPT 2013
SARINGAN 7 — MAC 2014
SARINGAN 8 — JUN  2014
SARINGAN 9 — SEPT 2014



INSTRUMEN SARINGAN

Instrumen Saringan 1, Saringan 2 dan Saringan 3 mengukur konstruk yang sama Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan (depth of the content) yang akur dengan perkara yang dipelajari murid dalam tahun berkenaan.  

Perkara yang diukur dalam NUMERASI; 

KONSTRUK 1 : Keupayaan mengenal pra nombor dan angka
KONSTRUK 2 : Keupayaan membilang
KONSTRUK 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
KONSTRUK 4 : Keupayaan membuat seriasi
KONSTRUK 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
KONSTRUK 6 : Keupayaan menyatakan waktu
KONSTRUK 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
KONSTRUK 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
KONSTRUK 9 : Keupayaan mengukur panjang, jisim dan isipadu objek
KONSTRUK10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
KONSTRUK 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
KONSTRUK 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian yang melibatkan mata wang, masa, dan ukuran panjang.  

Perkara yang diukur dalam LITERASI;

Konstruk 1 - Keupayaan membunyi dan menulis huruf vokal dan konsonan
KONSTRUK 2 - Keupayaan membunyi dan menulis suku kata terbuka dan tertutup
KONSTRUK 3 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka dan tertutup KONSTRUK 4 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan membezakan vokal e taling, e pepet dan o KONSTRUK 5 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup ’ng’
KONSTRUK 6 -Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding
KONSTRUK 7 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf ’ng’, ’ny’, ’sy’ KONSTRUK 8 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan dengan imbuhan awalan atau akhiran KONSTRUK 9 - Keupayaan membaca dan menulis ayat tunggal
KONSTRUK 10 - Keupayaan membaca dan menulis ayat majmuk yang mudah
KONSTRUK 11 - Keupayaan membaca dan memahami perenggan
KONSTRUK 12 -Keupayaan menceritakan bahan rangsangan secara lisan atau penulisan

*********************************************************************************

PENGOPERASIAN PROGRAM LINUS

1.            Peranan Guru LINUS
1.1         Mengikuti kursus LINUS.
1.2         Melaksanakan P&P yang berkesan dan mengenal pasti murid LINUS.
1.3         Melaksanakan Diagnostik dan menganalisis dapatan Diagnostik. 
(Rujuk Lampiran 3a : Literasi dan Lampiran 3b : Numerasi)
1.4         Mentadbir kelas dengan baik.
1.5         Sentiasa mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS.
1.6         Melaksanakan Diagnostik. (Rujuk Lampiran 3a : Literasi dan Lampiran 3b : Numerasi)
1.7         Memfailkan data.
1.8         Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
1.9         Menyediakan sudut LINUS.

2.            Peranan Guru Bahasa/Guru Matematik/Guru Pemulihan
2.1         Mengikuti kursus dalaman LINUS.
·         Dikendalikan oleh guru LINUS.
2.2         Membantu pelaksanaan dan penyelarasan semua Saringan.
2.3         Mengenal pasti murid-murid LINUS yang tercicir dalam arus perdana.
2.4         Membantu guru LINUS secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan bahan bantu mengajar untuk murid LINUS.
2.5         Membantu guru LINUS untuk mengenal pasti murid LINUS Tegar.
2.6         Merancang jadual waktu untuk murid LINUS Tegar.
2.7         Mengajar dan membimbing murid LINUS Tegar .
2.8         Menjalankan Diagnostik untuk murid LINUS Tegar.
2.9         Selepas saringan 2 Tahun 1 dan tahun berikutnya, guru pemulihan akan mengajar dan membimbing murid LINUS Tegar.



3.            Peranan Pentadbir Sekolah/Panitia Bahasa Melayu/Matematik
3.1         Mengenal pasti dan melantik guru LINUS.
3.2         Membentuk Jawatankuasa Kerja di sekolah. (Rujuk Lampiran 4 )
3.3         Melantik AJK kerja LINUS (Surat Lantikan).
·         Paparkan di Papan Kenyataan
3.4         Menyediakan Fail.
i)             Fail Induk
·         Surat Menyurat dan Pekeliling
·         Carta Organisasi
·         Ahli Jawatankuasa
·         Minit Curai
·         Laporan
·         Minit Mesyuarat
·         Carta Proses Kerja
·         Biodata guru LINUS dan Pemulihan

ii)            Fail Keputusan Saringan
·         Analisa Keputusan Saringan
·         Borang Skor Individu murid Linus
iii)           Fail Maklumat peribadi murid LINUS

3.5         Membuat perancangan tahunan. (Rujuk Lampiran 5)
3.6         Mencetak soalan saringan.
3.7         Menghantar analisis keputusan saringan pada akhir bulan Mac, Jun, September kepada PPD. (Rujuk Lampiran 6)
3.8         Melaksanakan Pemantauan Dalaman Program LINUS di sekolah dan menjalankan tindakan susulan.
3.9         Memberi motivasi kepada guru LINUS.
3.10      Bekerjasama erat antara pentadbir dengan ibu bapa/PIBG.
3.11      Menyediakan sudut LINUS

1.            Penyeliaan/Pemeriksaan
1.1         Peringkat sekolah
i)             Guru Besar
ii)            Guru Penolong Kanan
iii)           Ketua Panitia
Menjalankan pemeriksaan pelaksanaan LINUS, pentadbiran kelas,  proses pengajaran dan pembelajaran. (Lampiran 8)

2.            Dokumentasi
2.1         Sekolah
i)              Fail Induk
·         Ahli  Jawatankuasa Program LINUS
     (Rujuk Lampiran 4)
·         Minit Curai (Rujuk Lampiran 9)
·         Laporan Kursus Dalaman
·         Minit Mesyuarat
·         Takwim (Rujuk Lampiran 5)
·         Surat Pekeliling LINUS - punca kuasa
·         Surat lantikan daripada sekolah
ii)            Fail Keputusan Saringan
·         Borang Pelaporan Prestasi Individu murid LINUS           (Lampiran 10a: Literasi dan  Lampiran 10b : Numerasi )
·         Analiss Keputusan Saringan
     (Rujuk Lampiran 10c)
iii)           Fail Maklumat peribadi murid LINUS
·         Borang Maklumat peribadi murid  LINUS
(Di cetak dari Sistem Maklumat Murid)
iv)           Bahan-bahan LINUS
·         Modul Guru
·         Modul Murid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan